Akses pantas:

Langkau terus ke kandungan (Alt 1) Langkau terus ke navigasi utama (Alt 2)

Bahasa Jerman untuk syarikat di Malaysia

Junger Mann sitzt mit einem Laptop vor einem FirmengebäudeFoto: Getty Images
  • Kualiti terbaik
  • Direka khas menurut keperluan anda
  • Solusi setempat
  • Kami sedia ada untuk anda
Pekerja anda adalah aset anda? Adakah syarikat anda akan menjadi lebih berdaya saing dan lebih menguntungkan, sekiranya pekerja anda menguasai bahasa Jerman? Sekarang adalah masanya untuk melabur dalam latihan mereka.

Yakinilah kami sebagai peneraju pasaran global bagi bahasa Jerman. Manfaatkan kepakaran kami, serta pengalaman kami selama 60 tahun di Malaysia untuk syarikat anda.
Kami bersedia menawarkan kursus bahasa Jerman yang disesuaikan bagi anda, dan juga latihan melibatkan antarabudaya.
Tanya kami

Kursus kami

Firmenkurse Foto: Getty Images

Kursus bahasa Jerman di pejabat

Tawarkan peluang kepada pekerja anda untuk mengembangkan kemahiran bahasa Jerman mereka. Kaedah pembelajaran moden dan sokongan individu kami memastikan pembelajaran menyeronokkan, dan peserta kursus kekal bermotivasi tinggi sambil mempercepatkan kejayaan pembelajaran.
Drei Frauen vor Laptop © Getty Images

Kursus bahasa Jerman dalam talian untuk syarikat

Kursus kumpulan dalam talian kami menggunakan situasi kehidupan sebenar untuk menyediakan konteks yang tulen untuk mempelajari bahasa Jerman.
Anda mahu menilai kemahiran bahasa Jerman dalam kalangan pemohon dan pekerja anda? Sila gunakan penilaian kami bagi memenuhi tujuan tersebut. ​​​​​​​Kami berbesar hati untuk memberikan khidmat nasihat kepada anda, serta merangka kursus bersifat individu untuk syarikat dan pekerja anda.
Ada pertanyaan? Isnin-Jumaat 10 pagi-4 petang +60 3 48186123 Hubungi kami: info-kl@goethe.de