Goethe-Zertifikat C2: GDS
Goethe-Zertifikat C2: Großes Deutsches Sprachdiplom (GDS) ialah peperiksaan bahasa Jerman untuk dewasa. Ia mengesahkan tahap penguasaan bahasa yang sangat tinggi dan sepadan dengan tahap tertinggi (C2) pada skala keenam peringkat Kerangka Rujukan Kesepakatan Eropah untuk Bahasa (CEFR).
Dengan lulus ujian ini, menunjukkan bahawa anda ...
- boleh memahami dengan mudah segala yang anda baca atau dengar dalam bahasa Jerman;
- boleh merumuskan maklumat daripada sumber bertulis dan juga sumber lisan yang saling berbeza, selain memberikan alasan dan penjelasan dalam pembentangan yang koheren;
- boleh mengekspresikan diri anda secara spontan, lancar dan tepat serta membuat nuansa makna yang jauh lebih halus jelas dalam situasi yang lebih kompleks.
Negeri-negeri Jerman mengiktiraf peperiksaan tersebut sebagai bukti kecekapan bahasa bagi kelayakan mengajar. Maklumat mengenai perkara ini boleh diperoleh daripada badan-badan perakuan di negara masing-masing, seperti Kementerian Kebudayaan, pendidikan atau pelajaran, maktab latihan perguruan, pejabat daerah atau senat.
Mulai 1 Januari 2012, Goethe-Zertifikat C2: Großes Deutsches Sprachdiplom menggantikan 3 peperiksaan Goethe yang sebelumnya : Zentrale Oberstufenprüfung (ZOP), Kleines Deutsches Sprachdiplom (KDS) dan Großes Deutsches Sprachdiplom (GDS).
C2
|
Tidak terdapat sebarang slot peperiksaan buat masa sekarang |
|||
---|---|---|---|---|
Sorry, our dates cannot be displayed temporarily. Please try again later. |