Goethe-Zertifikat A2: Fit in Deutsch

Seorang remaja gembira mempelajari bahasa Jerman. Foto: Getty Images/Comstock Images

Anda mahu ...

  • menduduki ujian bahasa Jerman bagi remaja berumur antara 12 hingga 16 tahun,
  • pengesahan tahap pengetahuan asas Jerman
  • mengesahkan kejayaan pembelajaran tahap A2,
  • mendapatkan sijil perakuan rasmi dan diterima pakai antarabangsa?

Goethe-Zertifikat A2: Fit in Deutsch ialah peperiksaan bahasa Jerman untuk kanak-kanak dan remaja berusia 10 hingga 16 tahun. Ia mengesahkan tahap asas pengetahuan bahasa dan tergolong sebagai peringkat kedua (A2) daripada enam skala kemahiran berpandukan Kerangka Rujukan Kesepakatan Eropah untuk Bahasa (CEFR).

Dengan lulus ujian ini, menunjukkan bahawa anda ...

  • boleh memahami dan menggunakan ayat serta ungkapan lazim yang digunakan dalam situasi harian;
  • boleh berkomunikasi dalam situasi mudah, bersifat rutin, yang melibatkan pertukaran maklumat mengenai topik-topik lazim dan hal-hal semasa;
  • boleh menggunakan cara mudah untuk menerangkan latar belakang dan pendidikan anda sendiri, persekitaran terdekat dan perkara yang berkaitan dengan keperluan segera.

A2
Tidak terdapat sebarang slot peperiksaan buat masa sekarang

Sorry, our dates cannot be displayed temporarily. Please try again later.

Persediaan

Bahan latihan

Di sini anda boleh dapati model soalan ujian dan latihan secara atas talian, dan juga interaktif.

Maklumat lanjut

Di sini anda boleh dapati maklumat lanjut tentang syarat-syarat, kandungan ujian dan maklumat lanjut tentang Goethe-Zertifikat A2: Fit in Deutsch: