Anda memerlukan satu perakuan persijilan antarabangsa sebagai bukti tahap kemahiran bahasa Jerman anda? Kami menawarkan pelbagai peperiksaan bahasa Jerman dari tahap A1 hingga tahap C2.
Keputusan dan sijil peperiksaan akan tersedia dalam talian sekurang-kurangnya 14 hari bekerja selepas peperiksaan anda selesai di Mein Goethe.de.
Sila ambil perhatian nombor peserta/pelanggan anda yang tertera pada pengesahan tempahan anda semasa pendaftaran peperiksaan.
Maklumat lanjut
Latihan tanpa had
Kami menyediakan set-set latihan dan bahan-bahan latihan bagi peperiksaan bahasa Jerman secara percuma.
Standard kualiti
Dengan lebih 230,000 pelanggan yang berpuas hati:
Persijilan bahasa Goethe-Institut diperakui sebagai bukti bagi kemahiran bahasa Jerman di seluruh dunia.
Ujian ini memberikan gambaran tentang kefahaman teks anda secara bertulis dan lisan selain tahap pengetahuan anda tentang tatabahasa dan kosa kata bahasa Jerman.
Soalan-soalan lazim
Kami sedia memberikan maklumat umum dan juga soalan lazim berkenaan peperiksaan bahasa Goethe-Institut.