Maklumat lanjut

Kembali ke Goethe-Zertifikat A1: Start Deutsch 1

Tidaklah begitu sukar : Bahagian peperiksaan

Goethe-Zertifikat A1: Start Deutsch 1 terdiri daripada bahagian ujian, modul bacaan, pendengaran, penulisan dan lisan (ujian lisan berkumpulan).
Peperiksaan dijalankan dan dinilai secara seragam di seluruh dunia.
 

Modul bacaan

Anda membaca teks seperti notis pendek, iklan pendek, maklumat pada papan tanda atau gegantungan dan anda menyelesaikan tugasan yang berkaitan.

Tempoh : 25 minit

Modul penulisan

Anda mengisi borang ringkas dan menulis sebuah teks pendek bersifat peribadi berkaitan situasi harian.

Tempoh : 20 minit

Modul pendengaran

Anda mendengar perbualan harian, mesej telefon atau juga pengumuman awam menerusi pembesar suara dan anda menyelesaikan tugasan yang diberikan.

Tempoh : 20 minit

Modul lisan

Anda memperkenalkan diri anda di dalam kumpulan. Kemudian anda bertanya dan menjawab soalan berkaitan perkara rutin harian dan memohon sesuatu kepada seseorang dalam kumpulan anda.

Tempoh 15 minit

Syarat-syarat

Goethe-Zertifikat A1: Start Deutsch 1 ialah peperiksaan bahasa Jerman untuk dewasa.

Peperiksaan bahasa Jerman Goethe-Institut ini terbuka untuk sesiapa yang berminat mendudukinya tanpa harus mencapai had umur minimum selain tidak perlu memiliki kerakyatan Jerman.
  • Umur minimum 16 tahun disyorkan bagi menduduki Goethe-Zertifikat A1: Start Deutsch1
  • Goethe-Zertifikat A1: Start Deutsch 1 memerlukan calon memiliki kemahiran bahasa skala pertama (A1) menurut Kerangka Rujukan Kesepakatan Eropah untuk Bahasa (CEFR).
  • Bagi mencapai tahap ini calon perlu mempunyai pengetahuan dan syarat pembelajaran sekitar - 80 hingga 200 unit pembelajaran, yang mana setiap satu unit adalah selama 45 minit.