Maklumat Penting Sebelum Menempah Peperiksaan
KEHADAPAN PARA PELAJAR,
Untuk peperiksaan yang dijalankan secara fizikal di Goethe-Institut Malaysia.
Sila ambil maklum dan faham berkaitan segala terma dan syarat tambahan seperti berikut.- Sila hantar salinan imbasan ID/pasport anda selewat-lewatnya 10 hari bekerja sebelum tarikh peperiksaan ke e-mel info-kl@goethe.de.
- Bawa MyKad/pasport asal anda untuk tujuan pengesahan oleh penyelia peperiksaan kami. Jika terdapat perbezaan nama antara pasport dan kad pengenalan anda (warga Malaysia sahaja), sila bawa kedua-dua dokumen asal bersama anda pada hari peperiksaan.
- Sila bawa makanan dan minuman anda untuk waktu rehat pada hari peperiksaan.
- Sila hadir tepat pada masanya 1 jam sebelum peperiksaan bermula.
- Sila ambil perhatian bahawa sebelum peperiksaan bermula, semua peranti elektronik (telefon pintar, tablet dll.) akan dikumpulkan oleh petugas yang bertanggungjawab untuk peperiksaan. Barangan ini hanya dikembalikan kepada anda selepas peperiksaan tamat.
- Anda boleh melihat jadual peperiksaan bagi modul lisan pada hari peperiksaan berpandukan senarai di dewan peperiksaan.
- Untuk peperiksaan 21 Oktober 2024 dan seterusnya, keputusan peperiksaan & sijil akan dikeluarkan selepas sekurang-kurangnya 14 hari bekerja.
Sila log masuk ke akaun MyGoethe.de anda di www.goethe.de/ins/my/en/index.html berikutan hari muat turun yang dinyatakan untuk tarikh peperiksaan anda masing-masing.
Di bawah bahagian Peperiksaan, anda akan menemui tarikh peperiksaan berdaftar apabila memasukkan Nombor Pelanggan anda seperti yang dinyatakan dalam Pengesahan Tempahan anda/Teilnahmebestätigung.pdf.
Sijil peperiksaan digital tersedia untuk dimuat turun dan boleh dicetak (berwarna) oleh anda secara terus. Tiada salinan atau pengesahan sah yang diperakui diperlukan untuk sijil peperiksaan digital kami.
Anda boleh mencetak dalam warna pada kertas putih A4 biasa (depan & belakang) seberapa banyak salinan yang diperlukan untuk tatapan anda. Ia adalah dokumen yang sah tanpa tandatangan yang dimaklumkan kepada semua universiti/institusi berkaitan. Kami tidak lagi menyediakan sijil peperiksaan yang dicetak.
Ketulenan sijil boleh disahkan di sini: www.goethe.de/verify
Harap maklum bahawa hanya calon yang lulus peperiksaan (atau modul individu) akan menerima sijil peperiksaan digital secara automatik.
Terima kasih atas kerjasama anda.
Kami mengalu-alukan kedatangan anda di Goethe-Institut Malaysia!