Maklumat lanjut
Kembali ke Goethe-Zertifikat A2: Fit in Deutsch
Langkah yang tepat : Bahagian ujian
Goethe-Zertifikat A2: Fit in Deutsch terdiri daripada bahagian ujian bacaan, pendengaran, penulisan dan lisan.
Peperiksaan dijalankan dan dinilai secara seragam di seluruh dunia
Modul bacaan
Anda membaca teks pendek seperti artikel akhbar, e-mel, iklan dan hebahan umum di papan kenyataan dan menyelesaikan tugasan yang diberikan.
Tempoh: 30 minit
Modul penulisan
Anda menulis mesej berkaitan hal-hal lazim dalam kehidupan seharian anda.
Tempoh: 30 minit
Modul pendengaran
Anda mendengar perbualan harian, pengumuman dan temubual di radio, selain perbualan telefon dan hebahan umum dan menyelesaikan tugasan yang diberikan.
Tempoh: 30 minit
Modul lisan
Anda bertanya dan menjawab soalan berkaitan diri anda, menerangkan sesuatu tentang kehidupan anda dan anda merencana sesuatu aktiviti secara bersama dengan rakan perbualan anda ketika ujian lisan.
Tempoh: 15 minit
Syarat-syarat
Goethe-Zertifikat A2: Fit in Deutsch ialah peperiksaan bahasa Jerman untuk remaja berumur dari 12 hingga 16 tahun.Peperiksaan bahasa Jerman Goethe-Institut ini terbuka untuk sesiapa yang berminat mendudukinya tanpa harus mencapai had umur minimum selain tidak perlu memiliki kerakyatan Jerman.
- Umur minimum 12 tahun disyorkan bagi menduduki Goethe-Zertifikat A2: Fit in Deutsch
- Goethe-Zertifikat A2: Fit in Deutsch memerlukan calon memiliki tahap kemahiran bahasa pada skala kedua (A2) sebagaimana menurut Kerangka Rujukan Kesepakatan Eropah untuk Bahasa (CEFR).
- Bagi mencapai tahap ini calon perlu mempunyai pengetahuan dan syarat pembelajaran sekitar - 200 hingga 350 unit pembelajaran, yang mana setiap satu unit adalah selama 45 minit.